UPU 2025: Panduan Permohonan & Registration Online Fasa 1 (PDF)

UPU 2025: Panduan Permohonan & Registration Online Fasa 1 (PDF)

Para Lepasan SPM dan STPM kini boleh memulakan permohonan UPU 2025 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda, dengan tujuan membentuk masa depan negara yang lebih gemilang.

Bagaimana cara untuk permohonan dan register UPU secara online Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan PDF di bawah untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah permohonan.

UPU 2025

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/sara-2025/

UPU 2025

Berdasarkan kenyataan media rasmi KPT, permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua (2) insititusi daripada MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) telah mula dibuka bagi permohonan fasa pertama (1).

Permohonan dibuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM / Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan fasa pertama (1), manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/ atau ujian dibuka pada permohonan fasa kedua (2).

CARA BELI NOMBOR PIN UPU 2025

Sebelum mengemukakan permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2025, lepasan SPM / STPM perlu membeli Nombor Pin UPU bermula 9 Februari 2025. Nombor Pin UPU boleh dibeli melalui tiga (3) cara, iaitu :

  • Melalui 350 Kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  • Melalui 700 Automatic Teller Machine (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  • Melalui Perbankan Internet MyBSN.

*Nota : Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran dan pemohon diminta untuk menyimpan slip pembayaran Nombor Pin UPU untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

TARIKH PERMOHONAN UPU 2025

Berikut merupakan tarikh permohonan UPU bagi kemasukan ke IPTA dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) untuk Sesi Akademik 2025/2025 :

  • FASA PERTAMA (1) : Bermula 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025
    • (Bagi Lepasan SPM & STPM/ Setaraf).
  • FASA KEDUA (2) : Bermula 14 April 2025 sehingga 18 Mei 2025
    • (Bagi Program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian).

KATEGORI PEMOHON UPU 2025

  • Lepasan SPM :
    • Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2025 Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu :
      • Kategori A : SPM 2024 (Tahun Semasa);
      • Kategori B : SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa).
  • Lepasan STPM :
    • Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
      • Kategori A : Aliran Sastera;
      • Kategori S : Aliran Sains.
  • Matrikulasi / Asasi :
    • Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
      • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIPintar UKM & Asasi UiTM.
      • Kategori P : Aliran Perakaunan calon Matrikulasi KPM.
      • Kategori U : Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM.
      • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
      • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
      • Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM.
      • Kategori M : Aliran Asasi Sains Sosial UM.
      • Kategori V : Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
  • Diploma / Setaraf :
    • Permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) :
      • Kategori E : Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma.
      • Kategori F : Setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM, Matrikulasi, STAM, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (Bukan Tahun Semasa).
      • Kategor G : Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti.

PERMOHONAN UPU 2025

Ikuti panduan permohonan kemasukan Sesi Akademik 2025/2025 melalui permohonan berikut :

  1. Sila beli Unik ID UPU mengikut kategori yang betul.
  2. Layari portal rasmi UPU di pautan di sini : https://upu.mohe.gov.my/.
  3. Pilih kategori anda dengan betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-Panduan UPUOnline.
  5. Kemudian, kira merit anda.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Seterusnya, semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohohan UPUOnline.
  9. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Kemudian, pilih pilihan prohram mengikut keutamaan anda.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang (SIMPAN).
  13. Muat turun dan [Cetak] slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Selesai.

CARA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU 2025

Keputusan permohonan boleh dibuat pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

  • Lepasan SPM : Minggu Ketiga (3) Jun 2025; dan
  • Lepasan STPM : Minggu Pertama (1) September 2025.
  1. Pemohon perlu membuat semakan melalui pautan berikut :
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan’.
  3. Log masuk akaun yang telah anda daftarkan.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Sekiranya berjaya, pastikan anda tandakan akuan setuju untuk terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.