UPU 2025 Degree: Permohonan Online Fasa 1 Lepasan SPM & STPM (Panduan Lengkap)
Calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi MARA bagi sesi akademik 2025. Sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM, manakala 1,131 program tersedia untuk lepasan STPM/setaraf.
Bagaimana cara permohonan UPU 2025 Degree secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk proses pendaftaran dan syarat kelayakan.

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/bantuan-sara-ekasih-2025/
SENARAI INSTITUSI PERMOHONAN UPU 2025
Kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda boleh dibuat di institusi berikut :
- 20 Universiti Awam (UA);
- 36 Politeknik;
- 106 Kolej Komuniti; dan
- Dua (2) institusi daripada MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
TARIKH PERMOHONAN UPU 2025 DEGREE
Permohonan UPUOnline® kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 telah dibuka mengikut tarikh seperti berikut :
- FASA PERTAMA (1) : Bermula 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025
- (Bagi Lepasan SPM & STPM/ Setaraf).
- FASA KEDUA (2) : Bermula 14 April 2025 sehingga 18 Mei 2025
- (Bagi Program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian).
KATEGORI PERMOHONAN UPU 2025 DEGREE
Terdapat beberapa kategori bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2026 Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Universiti Awam (UA) seperti berikut :
- Lepasan SPM :
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2025 Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu :
- Kategori A : SPM 2024 (Tahun Semasa);
- Kategori B : SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa).
- Bagi permohonan Sesi Akademik 2025/2025 Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu :
- Lepasan STPM :
- Kategori A : Aliran Sastera;
- Kategori S : Aliran Sains.
- Matrikulasi / Asasi :
- Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIPintar UKM & Asasi UiTM.
- Kategori P : Aliran Perakaunan calon Matrikulasi KPM.
- Kategori U : Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM.
- Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
- Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
- Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori M : Aliran Asasi Sains Sosial UM.
- Kategori V : Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
- Diploma / Setaraf :
- Kategori E : Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma.
- Kategori F : Setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM, Matrikulasi, STAM, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (Bukan Tahun Semasa).
- Kategor G : Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti.
PANDUAN PERMOHONAN UPU 2025 DEGREE
Ikuti panduan permohonan UPU 2025 secara online melalui pautan rasmi berikut :
- Layari laman rasmi Permohonan Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2025/2026 di sini : https://upu.mohe.gov.my/.
- Layarkan skrin ke bahagian ‘PERKHIDMATAN ONLINE’.
- Klik pada bahagian [UPUOnline®] (Permohonan UPUOnline® bagi Lepasan SPM dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2025/2026).
- Bahagian permohonan akan dipaparkan.
- Sekiranya anda telah mempunyai akaun, sila log masuk; atau
- Sekiranya tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun].
- Masukkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.
- Kemudian, klik pada butang [Daftar].
- Seterusnya, semak laluan kerjaya.
- Isi permohohan UPUOnline®.
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Kemudian, pilih pilihan program mengikut keutamaan anda.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang (SIMPAN).
- Muat turun dan [Cetak] slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian rasmi : 03-8684 2363
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my/.