Kerajaan terus komited dalam menyediakan bantuan kewangan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Bantuan ini disasarkan kepada golongan B40 dan M40 bagi memastikan mereka mendapat sokongan kewangan yang berterusan.
Bila tarikh bayaran STR Fasa 2 dikreditkan? Bagaimana cara semakan kelayakan? Ketahui info lengkap dan semak status bayaran anda di sini!

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/bantuan-etunai-madani-2025/
TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada April 2025. Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini, tarikh sebenar bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN STR FASA 2 2025
Status Bantuan STR Fasa 2 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU - Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN BANTUAN STR TAHUN 2025
Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4). Jumlah pembayaran bagi Fasa 2 akan dikemaskini dari masa ke semasa.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara