SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025: RM1200, RM900 & RM600

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025

Tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai inisiatif hasil daripada penyasaran semula subsidi. Bantuan ini akan diberikan sepanjang tahun 2025 dengan jumlah sehingga RM1200, RM900, atau RM600, bergantung pada kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara untuk semak nama penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas peluang menerima bantuan ini..

BACA JUGA : BANTUAN E WALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Nama-nama penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2025 telahpun disahkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
KATEGORIJUMLAH
PENERIMA
Penerima Sedia AdaIsi Rumah
Warga Emas
Bujang
0.7 juta
Penerima BaharuIsi Rumah
Warga Emas
Bujang
4.7 juta

AMAUN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan dengan amaun seperti berikut :

  • 0.7 juta Penerima Sedia Ada :
    • Isi Rumah : RM1,200 setahun;
    • Warga Emas : RM1,200 setahun;
    • Bujang : RM600 setahun.
  • 4.7 juta Penerima Baharu :
    • Isi Rumah : RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM450 setahun;
    • Bujang : -.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bergantung kepada negeri penerima seperti berikut :

  • Penerima Di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam akaun kad pengenalan penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.
  • Penerima Di Sabah dan Sarawak :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dua kali setahun.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), semakan boleh dilakukan di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.