Semakan STR Fasa 1 2025: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan STR Terkini

Semakan STR Fasa 1 2025: Semak Status Kelayakan Bantuan STR Terkini

Kadar peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 mencatatkan jumlah tertinggi sehingga RM13 bilion, berbanding tahun 2024 yang hanya berjumlah RM10 bilion.

Bagaimanakah cara untuk semak status STR Fasa 1 2025 sama ada layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap dan info terkini tentang Semakan STR di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas peluang menerima bantuan ini.

Baca Juga : BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : CARA MOHON ONLINE

PENERIMA BANTUAN STR FASA 1.

APA ITU STR

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan lanjutan daripada bantuan-bantuan tunai oleh kerajan kepada rakyat seperti BKM, BTR dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan kadar kewangan serta meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

JUMLAH STR FASA 1 2025

Bantuan STR akan disalurkan pada tahun 2025 mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR
2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0 anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang / Balu / Janda / Duda
(umur 21 hingga 59 tahun)
RM600

*Untuk mengetahui jumlah bayaran STR fasa satu, pemohon perlu membuat semakan di pautan Portal Rasmi STR sahaja.

JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025

Lazimnya Bantuan STR akan dibayar secara berperingkat mengikut empat fasa seperti jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
SatuFebruari 2025
DuaApril 2025
TigaOgos 2025
EmpatNovember 2025

*Namun, tarikh bayaran belum ditentukan lagi, pihak kami akan kemaskini semula apabila tarikh telah diumumkan secara rasmi.

SEMAKAN STR FASA 1 2025

Ikuti panduan semak status kelayakan STR bagi fasa satu (1) 2025 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Klik [TUTUP] pada iklan pemakluman STR terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  13. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  14. Kemudian, klik pada bahagian [Maklumat Bayaran].
  15. Status kelayakan pemohon akan dipapar [Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025].
  16. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]