STR 2025 Fasa 1: Semakan Status Kelayakan & Panduan Lengkap

STR 2025 Fasa 1: Semakan Status Kelayakan & Panduan Lengkap

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 mencatat sejarah dengan peruntukan tertinggi kerajaan Malaysia, iaitu sebanyak RM13 bilion—peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya yang tidak melebihi RM10 bilion. Dengan dana ini, bantuan kewangan kepada 9 juta rakyat Malaysia juga meningkat, termasuk kategori bujang yang kini bakal menerima RM600 berbanding RM350 sebelum ini.

Adakah anda layak menerima STR Fasa 1? Ketahui cara membuat semakan kelayakan dan informasi penting dalam panduan lengkap di bawah.

STR FASA 1

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/bantuan-ekasih/

JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
STR 2025 FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Tiada anak : RM250
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600RM150
Bujang/Balu/Duda/JandaRM600RM150

*Bagaimanapun, jumlah di atas hanyalah anggaran sahaja dan pihak kami akan kemaskini kembali sebaik sahaja jumlah bayaran fasa pertama (1) diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Pihak Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) bagi tahun 2025. Namun, pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh bayaran fasa pertama (1) sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan dalam masa terdekat.

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1), iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

STR 2025 FASA 1 SEMAKAN

Ikuti panduan semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan portal rasmi STR LHNDNM di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘ Dalam Proses’.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf