Semakan Sarawak Pay 2025: Semak Status Penerima SKAS RM250, RM400 & RM800

Semakan Sarawak Pay 2025: Semak Status Penerima SKAS RM250, RM400 & RM800

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, telah mengumumkan inisiatif bantuan kewangan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bagi membantu rakyat yang layak. Bantuan ini dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi Sarawak Pay dengan kadar RM250, RM400 & RM800, bergantung kepada kategori penerima seperti isi rumah, warga emas, dan individu bujang.

Bagaimanakah cara menyemak status kelayakan dan bayaran SKAS melalui Sarawak Pay? Ikuti panduan lengkap di bawah.

SEMAKAN SARAWAK PAY

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/bantuan-e-wallet-2025/

APA ITU SARAWAK PAY

Sarawak Pay atau nama baharunya ialah S Pay Global yang merupakan baucar digital e-Dompet yang digunakan untuk mengkreditkan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk membantu memudahkan rakyat Sarawak menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai.

Dengan adanya bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang dikreditkan menerusi Sarawak Pay (S Pay Global), penerima boleh membuat pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya secara tanpa tunai (cashless) di kedai dan pasaraya terpilih seluruh negeri Sarawak.

Pihak Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebanyak RM450 juta untuk dikreditkan kepada kira-kira 850,000 ribu penerima yang bermastautin di Negeri Sarawak serta memenuhi kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan.

TARIKH KREDIT SARAWAK PAY

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah mula dikreditkan ke dalam Sarawak Pay (S Pay Global) bermula pada tarikh berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH KREDIT
Isi Rumah, Warga Emas & Bujang18 Februari 2025, Selasa

*Nota : Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak yang layak dan belum mendaftar dengan Sarawak Pay (S Pay Global) boleh mendaftarkan diri sebagai penerima baharu yang seterusnya kerana pendaftaran dibuka sepanjang tahun.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARAWAK PAY

Pemberian Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui Sarawak Pay khas kepada yang menepati kriteria kelayakan berikut :

  • Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kriteria Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

KADAR KREDIT SARAWAK PAY

Kadar Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang dikreditkan menerusi Sarawak Pay (S Pay Global) adalah bergantung kepada kategori penerima yang diluluskan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah : RM800.
  • Kategori Warga emas : RM400.
  • Kategori Bujang : RM250.

SEMAKAN SARAWAK PAY

Ikuti panduan semakan kelayakan sebagai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui Sarawak Pay seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. KlikCheck Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah)
  3. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
  4. Seterusnya, klik butang [Next].
  5. Klik pada [My Individual Account].
  6. Masukkan nombor MyKad anda.
  7. Kemudian, klik [Search].
  8. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  9. Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
  10. Selesai.

CARA DAFTAR SARAWAK ID

Berikut merupakan cara pendaftaran Sarawak ID bagi yang belum mempunyai akaun :

  1. Layari pautan rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Daftar].
  3. Pilih Jenis Pengenalan.
  4. Lengkapkan Profil anda.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
  7. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
  8. Seterusnya, Klik butang [Hantar].
  9. Masukkan OTP dan klik [Hantar].
  10. Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
  11. Kemudian, Klik [Teruskan].
  12. Pendaftaran berjaya.
  13. Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.