SARA 2025: Tarikh Bayaran Fasa Januari & Panduan Semakan Kelayakan
Kerajaan terus komited membantu rakyat mengatasi beban kos sara hidup melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini diberikan secara berperingkat sepanjang tahun 2025, bertujuan memastikan keperluan asas golongan berpendapatan rendah dipenuhi.
Bilakah tarikh bayaran SARA 2025 untuk Fasa Januari? Adakah anda layak menerima bantuan RM1200, RM900, atau RM600? Ketahui maklumat lengkap mengenai tarikh bayaran dan panduan semakan kelayakan di bawah!
BACA JUGA : ONLINE, TARIKH BAYARAN, DAN JUMLAH BANTUAN RM600-RM2,500
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana bantuan ini akan diberikan kepada penerima STR. Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar SARA MyKasih.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA 2025
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Roti
- Tepung
- Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Mi segera
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
SYARAT LULUS BANTUAN SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
- Selesai.
TEMPOH DAN TARIKH PENGAGIHAN BAYARAN SARA 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasih Bantuan diagihkan | Selama 12 Bulan – Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan – Bermula April 2025 |
KADAR AGIHAN BAYARAN SARA 2025
Jumlah bayaran SARA 2025 yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima (BERDAFTAR eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM50 sebulan) |
Bujang | – |
KAEDAH BAYARAN SARA 2025
Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia: Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan: Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf