Semakan mySalam 2025: Cek Kelayakan & Cara Tuntutan Bayaran
Skim perlindungan mySalam 2025 menawarkan bantuan kewangan kepada golongan B40 yang didiagnosis dengan 45 penyakit kritikal atau dimasukkan ke wad hospital. Program ini membolehkan penerima mendapat perlindungan takaful kesihatan percuma, membantu meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga.
Bagaimanakah cara semakan status mySalam dan tuntutan bayaran? Ikuti panduan lengkap serta info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : mySalam Login 2025: Semakan Status Online & Kelayakan Penerima
PENGENALAN MYSALAM 2025
mySalam adalah merupakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial yang percuma untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
KADAR BAYARAN MYSALAM 2025
- Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak :
- RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak :
- Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup sebanyak :
- RM8,000 sekali seumur hidup.
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup sebanyak :
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM 2025
Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Kategori Berkahwin : Individu dan pasangan berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Kategori Bujang : Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU : Individu OKU yang berumur 18 hingga 65 tahun.
SEMAKAN MYSALAM 2025
Ikuti panduan semakan kelayakan mySalam seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
- Selesai.
PANDUAN TUNTUTAN MYSALAM PENYAKIT KRITIKAL
Berikut merupakan panduan tuntutan mySalam bagi penyakit kritikal :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
PANDUAN TUNTUTAN MYSALAM HOSPITALISASI
Berikut merupakan panduan tuntutan mySalam bagi hospitalisasi :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=intro.