E-Wallet 200 2025: Semakan Status Kelayakan & Bayaran Bantuan

E-Wallet 200 2025: Semakan Status Kelayakan & Bayaran Bantuan

Program bantuan tanpa tunai (cashless) ini memudahkan penerima untuk menerima dan membelanjakan bantuan tanpa perlu mengeluarkan wang secara fizikal. Selain itu, sistem ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan e-Wallet 200 secara lebih telus dan efisien.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status kelayakan penerima bayaran e-Wallet 200? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara tuntutan bantuan ini.

E WALLET 200 2025

APA ITU E WALLET 200 2025

Kerajaan telah mewujudkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) iaitu Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan menerusi akaun kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan dan bukanlah dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet.

JADUAL KREDIT E WALLET 200 2025

Pengkreditan Bantuan SARA RM200 sebulan dijadualkan pada tarikh berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.Februari 2025RM100
3.Mac 2025RM100
4.April 2025RM200
5.Mei 2025RM200
6.Jun 2025RM200
7.Julai 2025RM200
8.Ogos 2025RM200
9.September 2025RM200
10.Oktober 2025RM200
11.November 2025RM200
12.Disember 2025RM200

KRITERIA PEMILIHAN PENERIMA E WALLET 200 2025

Hanya isi rumah yang memenuhi kriteri berikut dipilih layak menerima Bantuan SARA RM200 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN E WALLET 200 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.