SEMAKAN BANTUAN 300 B40 2024 : CHECK SEKARANG
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memperuntukan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah digelarkan sebagai golongan B40 termasuk Bantuan Kehidupan Sejahtera B40 yang telah mula disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan kepada yang berkelayakan.
Apa itu Bantuan RM100 B40 dan bagaimanakah cara semakan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA 2024 Semakan Status: Bantuan One-Off RM300/RM150 Bantuan SARA 2024 Terkini

APA ITU BANTUAN 300 B40
Bantuan yang bernilai RM300 disalurkan kepada kumpulan B40 adalah merupakan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak dari pasca-pendemik untuk membantu penduduk di Selangor khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memenuhi keperluan asas dan pendidikan.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN 300 B40 2024
Hanya mereka yang menepati kriteria berikut sahaja layak menerima Bantuan RM300 sebulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
KAEDAH & TEMPOH BAYARAN BANTUAN 300 B40
Pembayaran Bantuan RM300 sebulan kepada yang berkelayakan adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun e-Wallet Selangkah digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan selama tempoh satu (1) hingga ke dua (2) tahun berturut-turut.
Namun sekiranya ia tidak digunakan selama lebih tiga (3) bulan berturut-turut, bantuan akan ditamatkan dengan serta-merta.
KEGUNAAN BANTUAN 300 B40
Antara kegunaan Bantuan RM300 sebulan dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet Selangkah adalah untuk penerima membeli barangan seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
SEMAKAN BANTUAN 300 B40 2024
Ketahui kelayakan anda sebagai penerima Bantuan RM300 sebulan melalui semakan di pautan berikut :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan BINGKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim