Semak SKAS 2025: Cek Status Layak Atau Tidak Bantuan Keperluan Asas Sarawak (RM250, RM400, RM800)
Berita baik untuk rakyat Sarawak! Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 menyediakan bantuan kewangan sehingga RM800 setahun bagi penerima yang layak. Bantuan ini bertujuan untuk membantu membeli barangan keperluan asas dengan kategori seperti RM250 untuk bujang, RM400 untuk warga emas, dan RM800 untuk isi rumah.
Bagaimanakah cara semak status SKAS 2025? Ketahui cara semak kelayakan, tarikh pembayaran, kaedah pembayaran melalui S Pay Global, dan panduan daftar Sarawak ID di portal rasmi.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY LOGIN: 2025 SKAS REGISTRATION, STATUS CHEK

PENGENALAN BANTUAN SKAS
Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak 2025, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah mengumumkan satu inisiatif baharu, iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Inisiatif ini merupakan bantuan kewangan yang disediakan khusus untuk anak Sarawak daripada golongan berpendapatan rendah dan akan diberikan dalam bentuk baucar digital, yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-wallet) bagi pembelian barangan makanan asas. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas lain menggunakan wang bantuan.
SYARAT LULUS BANTUAN SKAS 2025
Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
PERMOHONAN BANTUAN SKAS 2025
Untuk makluman anda, Bantuan SKAS tidak memerlukan permohonan secara manual. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, dan merupakan penerima bantuan STR Fasa 4 2024, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR untuk anda menerima bantuan ini.
CARA SEMAK PENERIMA BANTUAN SKAS 2025
Pengguna boleh lakukan semakan status kelayakan secara online seperti ini:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang “Check Eligibility”.
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang “NEXT”.
- Kemudian, tekan “My Individual Account”.
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Tekan “Search”.
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK JUMLAH BANTUAN SKAS 2025
Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SKAS
Untuk makluman anda, tarikh rasmi masih belum diumumkan. Pihak kami akan mengemas kini maklumat sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat. Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun S Pay Global (Sarawak Pay) anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.
KAEDAH AGIHAN BAYARAN
Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI (cashless), dimana bantuan akan disalurkan melalui akaun S PAY GOLBAL (Sarawak Pay) penerima iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) bagi pembelian barangan keperluan asas.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel [email protected]
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau emel [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/