SARA 2024 Semakan Status: Bantuan One-Off RM300/RM150 Bantuan SARA 2024 Terkini

SARA 2024 Semakan Status: Bantuan One-Off RM300/RM150 untuk Penerima Bantuan SARA 2024

Berita baik untuk 8 juta rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan SARA 2024! Pembayaran bantuan tunai secara one-off berjumlah RM300/RM150 akan dilaksanakan secara berperingkat mulai hari ini, 9 Disember 2024. Namun, masih ramai yang belum mengetahui status penerimaan SARA 2024.

Oleh itu, setiap penerima disarankan untuk membuat semakan status Bantuan SARA 2024 dengan segera. Bagaimanakah cara untuk SARA 2024 semakan? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas menerima bantuan ini.

Baca Juga : Semakan SARA 2024: Check Status Bantuan One-Off RM300/RM150 untuk Penerima STR 2024

SARA 2024 SEMAKAN STATUS

Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan SARA one off yang terkini, setiap individu digalakkan untuk menyemak status di pautan portal rasmi mengikut panduan di bawah.

Panduan lengkap semakan status SARA :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

TARIKH SARA SEMAKAN STATUS

Berdasarkan makluman Kementerian Kewangan (MOF), Bantuan SARA akan dibayar berperingkat bermula pada 9 Disember 2024, Isnin (HARI INI) dan kesemua individu yang telah disahkan status boleh mula membuat semakan untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA yang akan diterima.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan seperti berikut anda mungkin layak untuk menerima Bantuan SARA :

  • Warganegara Malaysia;
  • LULUS dan merupakan PENERIMA Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih.

JUMLAH BAYARAN SARA 2024

Bantuan SARA akan dibayar kepada 8 juta penerima dengan jumlah seperti berikut :

  • 3.5 juta Penerima Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan : RM300;
    • Isi Rumah Tunggal : RM300.
  • 4.5 juta Penerima Bujang :
    • Bujang 21 hingga 59 tahun : RM150;
    • Bujang 60 tahun dan ke atas (warga emas) : RM150.

KAEDAH BAYARAN SARA 2024

Kaedah pembayaran Bantuan SARA secara one-off ini adalah bergantung kepada penerima, iaitu :

  • Penerima ada akaun bank yang aktif :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Penerima tiada akaun bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  • Penerima berstatus ‘Gagal Kredit’ :
    • Boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :