Permohonan Lesen Percuma 2025 Online: Panduan Lengkap & Cara Mohon

Permohonan Lesen Percuma 2025 Online: Panduan Lengkap & Cara Mohon

Golongan B40 kini berpeluang mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara percuma, tanpa perlu membayar yuran latihan, amali, atau ujian, kerana semuanya akan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan melalui program khas. Inisiatif ini bertujuan membantu individu yang kurang berkemampuan memperoleh lesen memandu secara sah.

Bagaimana cara permohonan lesen percuma 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah!

BACA JUGA : Borang Lesen Memandu Percuma 2025: Permohonan Online & Panduan Lengkap

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025

Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agansi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.

PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 ONLINE

Untuk memohon, ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  • Pergi ke laman web rasmi JPJ dan dapatkan borang permohonan; atau
  • Muat turun borang permohonan Lesen Percuma di sini :

BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2Download

  • Isikan borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
  • Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti :
    • Salinan kad pengenalan;
    • Keputusan ujian saringan kesihatan; dan
    • Gambar pasport.
  • Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  • Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  • Selesai.

TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025

Permohonan Lesen Percuma (MyLesen) telah dibuka pada tarikh berikut :

TARIKH PERMOHONAN
DIBUKA
TARIKH PERMOHONAN
DITUTUP
Bermula Februari 2025Sehingga Oktober 2025
atau
Sehingga Kuota Penuh

*Nota : Setiap pemohon perlu menyemak pada laman rasmi JPJ di negeri masing-masing kerana JPJ setiap negeri adalah berbeza.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.