PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : MOHON DI SINI

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : MOHON DI SINI

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan akan menampung bayaran lesen motosikal seramai 15,000 anak muda kurang mampu merangkumi murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan turut diperluaskan dengan pemberian topi keledar percuma untuk keselamatan kanak-kanak yang memanfaatkan 67,000 keluarga susah.

“Kerajaan juga akan memberi bantuan pembelian tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung.

“Semua peruntukan yang disalurkan untuk membantu rakyat susah ini adalah sebahagian hasil yang diraih daripada penjualan nombor plat khas,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Disini dikongsikan syarat-syarat permohonan lesen memandu percuma 2024 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat Fizikal Dan Mental
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan ini (BORANG PENYERTAAN)

SYARAT PENYERTAAN MyLESEN B2

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  • Program akan berlangsung bermula Febuari 2025 sehingga Oktober 2025.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di emel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.