PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1 2025) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1 2025) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Hasil daripada penyasaran semula subsidi oleh kerajaan dapat meningkatkan kadar peruntukan bagi pemberian Bantuan Tunai Rahmah (STR) yang direkodkan dengan jumlah peruntukan tertinggi pada tahun 2025 iaitu sebanyak RM13 billion berbanding tahun 2024 hanya sebanyak RM10 billion.

Bagaimanakah semak pembayaran bantuan tunai rahmah layak atau tidak? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUG : Sumbangan Asas Rahmah 2025: Semakan Status SARA MyKasih RM100 & RM50 Setiap Bulan

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Tunai Rahmah atau diperkenalkan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan dalam bentuk tunai bagi memastikan rakyat yang berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana terus dapat menikmati bantuan daripada kerajaan dengan sewajarnya.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa satu (1), iaitu :

  1. Dibayar melalui nombor akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan; atau
  2. Dibayar melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran bagi penerima yang berstatus ‘Gagal Kredit’.

SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Ketahui status bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (1) yang akan anda terima mengikut panduan semakan pada pautan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi BTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa satu (1) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Berdasarkan rekod setakat ini, jumlah penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (1) adalah seramai :

  • Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) : 3.1 juta penerima.
  • Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) : 1.0 juta penerima.
  • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : 1.3 juta penerima.
  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : 3.4 juta penerima.

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Pada tahun 2025, Bantuan Tunai Rahmah akan dibayar mengikut kadar seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) :
    • Tiada anak : RM1,000 setahun.
    • 1 hingga 2 anak : RM1,500 setahun.
    • 3 hingga 4 anak : RM2,000 setahun.
    • 5 anak ke atas : RM2,500 setahun.
  • Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) :
    • Tiada anak : RM500 setahun.
    • 1 hingga 2 anak : RM750 setahun.
    • 3 hingga 4 anak : RM1,000 setahun.
    • 5 anak ke atas : RM1,250 setahun.
  • Bujang Umur 60 tahun ke atas :
    • RM600 setahun.
  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
    • RM600 setahun.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.