mySalam Login 2025: Semakan Status Online & Kelayakan Penerima
Kerajaan MADANI terus komited membantu golongan B40 dengan melanjutkan manfaat mySalam 2025, memberikan perlindungan takaful percuma kepada mereka yang didiagnosis dengan penyakit kritikal. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima semasa mendapatkan rawatan.
Bagaimanakah cara login mySalam untuk semakan status kelayakan secara online? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : STR FASA 2 2025: TARIKH BAYAR & SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
APA ITU MYSALAM 2025
MySalam adalah merupakan Skim Perlindungan Takaful Percuma kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam yang diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.
Skim Perlindungan Takaful Percuma B40 ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun yang bermula pada 2019 sehingga 2023, dan kini kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pada tahun 2025 yang akan memberi manfaat kepada komuniti B40.
SENARAI MANFAAT MYSALAM 2025
- Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
- Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.
PAUTAN MYSALAM LOGIN 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi mySalam :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi mySalam | https://www.mysalam.com.my/mys/info/ |
PANDUAN SEMAKAN STATUS MYSALAM LOGIN 2025
Ikuti panduan semakan status melalui login mySalam seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi mySalam di atas.
- Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
- Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Bagi yang belum pernah log masuk, sila klik butang [Log Masuk Kali Pertama].
- Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- Sahkan kata laluan anda dengan betul.
- Kemudian, log masuk semula.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- klik pada butang [Semakan Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM 2025
Kelayakan untuk menjadi penerima mySalam adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.
Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati syarat umur yang ditetapkan akan layak menerima mySalam secara automatik. Berikut merupakan syarat umur penerima :
- Kategori Berkahwin : Individu dan pasangan berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Kategori Bujang : Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU : Individu OKU yang berumur 18 hingga 65 tahun.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=intro.