MyKasih SARA Semakan 2025: Cek Status Kelayakan Penerima (RM2100, RM1650, RM900, RM600)

MyKasih SARA Semakan 2025: Cek Status Kelayakan Penerima (RM2100, RM1650, RM900, RM600)

Terkini! Seramai 700,000 penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih bagi bulan Januari 2025 telah disahkan layak. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih, memberikan sokongan langsung kepada golongan memerlukan.

Bagaimana cara membuat semakan penerima MyKasih SARA 2025? Ketahui panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/mykasih-rm100-2025/

PEMBAYARAN BANTUAN SARA 2025

Bantuan SARA akan dibayar dengan cara yang sama kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak iaitu pembayaran secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun Mykad atau kad pintar, yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA 2025

  • Bayaran Bantuan SARA Kepada Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Setiap bulan bermula 15 Januari 2025 sehingga ** Disember 2025.
  • Bayaran Bantuan SARA Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Setiap bulan bermula ** April 2025 sehingga ** Disember 2025.

AMAUN BAYARAN BANTUAN SARA 2025

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar : RM2,100 setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900 setahun.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar : RM1,650 setahun.
    • warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450 setahun.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang Miskin dan Miskin Tegar : RM600 setahun.

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Nama anda sebagai penerima Bayaran Bantuan SARA boleh diketahui melalui semakan di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/