MYKASIH RM100 2025: SEMAK STATUS & SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN MYKASIH MALAYSIA

MYKASIH RM100 2025: SEMAK STATUS & SYARAT KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN KEWANGAN

Program MyKasih RM100 2025, yang diperkenalkan oleh NGO tempatan sejak tahun 2009, kini diteruskan dengan sokongan Kerajaan Madani. Pada tahun 2023, kerajaan menyalurkan peruntukan bantuan melalui program ini untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Penambahbaikan dilakukan setiap tahun untuk memastikan lebih ramai penerima, termasuk mereka yang layak melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2025 dan sistem e-Kasih, mendapat manfaat daripada Bantuan Kewangan RM100.

Bagaimanakah cara untuk semak status MyKasih 2025 sama ada anda layak menerima bantuan atau tidak? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Program MyKasih Malaysia.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

Jadual Penyaluran Bantuan RM100 2025

Bantuan RM100 MyKasih akan disalurkan setiap bulan berdasarkan jadual berikut:

BulanPenerima Sedia AdaPenerima Baharu
Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025Disember 2025

Syarat Kelayakan MyKasih RM100 2025

Untuk melayakkan diri bagi bantuan MyKasih RM100, anda perlu memenuhi beberapa syarat utama, antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di Semenanjung Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan atau di bawah garis kemiskinan (PGK).
  • Isi rumah yang berpasangan atau tunggal dengan anak.
  • Lulus dalam Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah.
  • Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih.

Cara Semak Status Kelayakan MyKasih RM100 2025

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan MyKasih RM100, ikuti langkah-langkah semakan berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Klik pada pautan SEMAK STATUS.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dengan betul tanpa tanda (-), contoh: 83XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod CAPTCHA yang ditunjukkan.
  5. Klik pada butang [Semak Status].
  6. Status kelayakan anda akan dipaparkan.

Manfaat Bantuan MyKasih RM100 2025

Bagi penerima yang layak, bantuan MyKasih RM100 akan disalurkan dalam bentuk tanpa tunai melalui kad pengenalan. Berikut adalah beberapa manfaat utama bantuan ini:

  • Kad bantuan berfungsi sebagai pembayaran elektronik, dengan nombor PIN 6-digit untuk keselamatan.
  • Boleh digunakan di lebih 600 kedai dan pasaraya terpilih di seluruh Malaysia.
  • Membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
  • Had bantuan sehingga RM900 hingga RM1,200 setahun.

Hubungi MyKasih untuk Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah mengenai bantuan MyKasih, anda boleh menghubungi pihak berwajib melalui:

Penafian

Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai bantuan MyKasih RM100 2025 yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Pihak kami tidak meminta atau mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang dikongsi. Semua maklumat adalah berdasarkan sumber yang sahih dan dipercayai.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program MyKasih, rujuk Portal Rasmi MyKasih.