Semakan MyKasih Online Januari 2025: Semak Status Kelayakan RM100/RM50

Semakan MyKasih Online: Januari 2025 – Semak Status Kelayakan RM100/RM50

Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus komited membantu rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan, termasuk Bantuan MyKasih yang telah dilancarkan sejak 2023. Pada 2025, peruntukan untuk bantuan ini ditingkatkan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menerima manfaat yang sewajarnya.

Bagaimana cara semak MyKasih online untuk mengetahui kelayakan penerimaan Bantuan Januari? Ikuti panduan lengkap dan dapatkan info lebih lanjut di sini!

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/sumbangan-asas-rahmah-2025/

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Penerimaan Bantuan MyKasih untuk bulan Januari ini hanya akan disalurkan kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut sahaja :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN MYKASIH ONLINE

Ikuti panduan semakan MyKasih secara online seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor MyKad* (Kad pengenalan) dengan betul tanpa sengkang (-) Contoh : 870230115678.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  7. Selesai.

TARIKH BAYARAN MYKASIH

Seramai lebih 700,000 ribu individu yang telah disahkan status ‘Layak’ berstatus miskin dan miskin tegar akan menerima bayaran Bantuan MyKasih pada 15 Januari 2025 (Rabu) ini seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

SEMAKAN KADAR BAYARAN MYKASIH

Kadar pembayaran Bantuan MyKasih pada bulan Januari ini adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah : RM100 setiap ketua keluarga.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 setiap individu.
  • Kategori Bujang : RM50 setiap individu.

KAEDAH BAYARAN MYKASIH ONLINE

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan Kad Pengenalan penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan myKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid