Jadual Bayaran STR Fasa 2 2025 mengikut bank kini menjadi perhatian utama rakyat Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran STR akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing, terutama bagi penerima melalui bank seperti Maybank, BSN, CIMB dan lain-lain. Artikel ini akan mengongsikan jadual rasmi bayaran STR Fasa 2, cara semakan kelayakan, serta info penting berkaitan STR 2025.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia bagi membantu golongan B40 dan M40 menghadapi peningkatan kos sara hidup. Dengan sistem pembayaran mengikut bank, pemahaman tentang tarikh pengkreditan sangat penting agar penerima tidak terlepas maklumat penting.
Apakah Itu STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan tunai langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40. Ia bertujuan meringankan beban hidup rakyat dan memastikan keperluan asas mereka dapat dipenuhi. Bermula tahun 2025, STR turut merangkumi komponen tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA), khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.
Jumlah Bayaran STR 2025 Mengikut Kategori
Jumlah bantuan STR 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima:
- Isi Rumah RM2,500 ke bawah (tiada anak): RM1,000
- Isi Rumah RM2,500 ke bawah (5 anak ke atas): RM2,500
- Warga Emas Tiada Pasangan (RM5,000 ke bawah): RM600
- Bujang (RM2,500 ke bawah): RM600
Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025
Pembayaran STR dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa 1 telah dibayar bermula 22 Januari 2025. Bagi STR Fasa 2, pembayaran dijangka berlaku sekitar akhir Mac 2025 dan dibayar secara berperingkat mengikut bank penerima.
Jadual Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Bank
Berikut adalah jadual lengkap pembayaran STR Fasa 2 mengikut bank penerima seperti yang dikongsikan secara rasmi:
SENARAI BANK | MASA BAYARAN MASUK |
---|---|
BSN | Selepas 6:00 Petang |
MAYBANK | Selepas 9:00 Malam |
BANK MUAMALAT | Selepas 10:00 Malam |
AFIN BANK | Selepas 8:00 Malam |
RHB | Selepas 9:00 Malam |
CIMB BANK | Selepas 9:00 Malam |
BANK ISLAM | Selepas 8:00 Malam |
AMBANK | Selepas 8:00 Malam |
Bagaimana Semak Kelayakan STR 2025?
Untuk menyemak sama ada anda layak menerima STR Fasa 2 atau tidak, anda perlu STR Login dan sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik menu MySTR dan masukkan nombor kad pengenalan.
- Log masuk dan klik pada Semakan Status.
- Maklumat permohonan, status kelayakan dan jumlah bayaran akan dipaparkan.
Kaedah Pembayaran STR Fasa 2
Bayaran akan dibuat melalui dua kaedah utama:
- Pengkreditan ke akaun bank: Duit akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima yang berdaftar.
- Bayaran tunai di kaunter BSN: Bagi penerima yang tiada akaun bank atau gagal dikreditkan, boleh tuntut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Syarat Kelayakan STR 2025
Berikut adalah syarat umum untuk melayakkan anda menerima bantuan STR:
- Isi Rumah: Pendapatan RM5,000 ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan: Berumur 60 tahun ke atas, pendapatan RM5,000 ke bawah.
- Bujang: 21–59 tahun atau OKU 19 tahun ke atas, bukan pelajar sepenuh masa, pendapatan RM2,500 ke bawah.
Tips: Elak Terlepas Pembayaran STR
Pastikan anda sentiasa mengemaskini maklumat permohonan anda setiap tahun. Jika anda tidak mengemas kini selama 3 tahun berturut-turut, pembayaran mungkin tidak diteruskan.
Rujukan & Bantuan Lanjut
Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi saluran rasmi berikut:
- Hotline BKK HASiL: 1-800-88-2747
- Portal Rasmi STR: bantuantunai.hasil.gov.my
Penutup
STR Fasa 2 2025 akan memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia yang memerlukan. Jadual bayaran STR mengikut bank ini diharapkan dapat membantu anda membuat semakan dan perancangan kewangan dengan lebih baik. Jangan lupa untuk semak status kelayakan anda di laman rasmi STR dan bersedia untuk menerima bantuan ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Jadual Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Bank ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan rasmi daripada pihak kerajaan.