eWallet RM200 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran SARA

eWallet RM200 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran

Kerajaan meneruskan inisiatif bantuan tanpa tunai melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, yang disalurkan dalam bentuk eWallet RM200. Bantuan ini bertujuan membantu penerima membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di premis terpilih.

Bagaimana cara cek status kelayakan penerima eWallet RM200 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan dan maklumat lanjut.

EWALLET RM200 2025 KELAYAKAN

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/bantuan-sara-ekasih-2025/

PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM200 2025

Bantuan tanpa tunai (cashless) kini dilaksanakan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana penerima akan menerima bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad khusus untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET 2025 ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EWALLET 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari:
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan

CARA PENYALURAN BANTUAN TANPA TUNAI RM200 2025

Bermula tahun 2025, bantuan tanpa tunai diberikan melalui bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diman penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan yang LAYAK akan menerima bantuan secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN TANPA TUNAI

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara