E-Wallet 200 2025: Semakan Status Kelayakan & Bayaran
Kerajaan memperkenalkan inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless) bagi memudahkan penerima menggunakan bantuan dengan lebih selamat dan efisien tanpa perlu pengeluaran wang tunai. Bantuan E-Wallet 200 ini bertujuan menyokong gaya hidup digital serta memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.
Bagaimanakah cara untuk check status kelayakan penerima bayaran E-Wallet 200? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui cara semakan dan syarat penerimaan bantuan ini.

APA ITU E WALLET 200 2025
Bantuan e-Wallet masih belum diteruskan pada tahun 2025 sebagai bantuan tanpa tunai (cashless). Namun, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (IC) penerima.
Bagi kerajaan, ia dapat memudahkan semua golongan menerima bantuan dengan mudah dan selamat tanpa sebarang keciciran dan penerima boleh menggunakan kad pengenalan untuk pembayaran barangan keperluan asas di 1200 kedai terpilih seluruh Malaysia.
TARIKH KREDIT E WALLET 200 2025
Pengkreditan Bantuan SARA bernilai RM200 adalah dijadualkan pada tarikh berikut :
JUMLAH BANTUAN DIKREDITKAN | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
RM100 setiap bulan | 15 Januari 2025 sehingga Mac 2025 |
RM200 setiap bulan | April 2025 sehingga Disember 2024 |
SYARAT PENERIMA BANTUAN 200 2025
Berikut merupakan syarat-syarat penerima Bantuan SARA bernilai RM200 sebulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PANDUAN CHECK STATUS E WALLET 200 2025
Terdapat dua (2) panduan check status kelayakan penerima Bantuan SARA bernilai RM200 sebulan, iaitu :
- Check Status Melalui Portal Rasmi; dan
- Check Status Melalui Aplikasi.
Ikuti kedua-dua panduan check status berikut :
- Panduan Check Status MyKasih Online Di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Status MyKasih Online Di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.