Barangan MyKasih 2025: Senarai Barang Boleh Claim Guna MyKad RM200

Barangan MyKasih 2025 yang layak dibeli menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diumumkan secara rasmi. Penerima boleh menebus barangan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, produk kebersihan dan barangan bayi menggunakan MyKad di pasar raya terpilih. Semakan senarai barang boleh dibuat di laman rasmi mykasih.com.my atau melalui label khas di pasar raya yang menyertai program ini.

Senarai Barang MyKasih 2025: Boleh Beli Apa?

Ramai yang masih keliru apa barang yang boleh dibeli guna bantuan MyKasih. Ada yang tanya: “Boleh beli sabun? Susu anak termasuk ke? Beras apa je yang lulus?” Soalan-soalan ni sangat biasa, sebab senarai barang MyKasih memang agak spesifik dan bukan semua produk layak. Oleh itu, kerajaan telah menetapkan 13 kategori utama barangan MyKasih yang diluluskan untuk pembelian di pasar raya terlibat.

Antara barangan yang popular dan sering dibeli penerima bantuan ialah beras tempatan, telur ayam gred C, susu tepung bayi, sardin tin, minyak masak cap buruh, biskut krim kraker, dan juga sabun mandi. Walaupun jenama tertentu kadang-kadang tiada, selagi barang tu termasuk dalam kategori yang dibenarkan dan ada label MyKasih di rak harga, maka ia boleh dibeli menggunakan kredit bantuan SARA MyKasih.

Contoh Barang Dalam Setiap Kategori

Berikut adalah contoh barang spesifik yang biasa terdapat di pasar raya besar dan termasuk dalam kategori MyKasih:

  • Beras: Beras Super Spesial Tempatan 5% hancur
  • Minyak Masak: Minyak masak paket 1kg (cap buruh/cap pisau)
  • Roti: Roti sandwich putih (Gardenia, Massimo)
  • Telur: Telur ayam gred C 10 biji
  • Tepung: Tepung gandum serbaguna 1kg
  • Mi Segera: Mi segera dalam pek 5 atau 6
  • Biskut: Biskut krim kraker, biskut marie
  • Minuman: Susu kotak, milo pek kecil
  • Makanan Dalam Tin: Sardin, kacang panggang
  • Bahan Perasa: Garam, gula, kicap, sos cili
  • Produk Kebersihan: Sabun mandi, syampu, pencuci pakaian
  • Ubat-ubatan: Minyak cap kapak, ubat demam ringan
  • Barangan Persekolahan: Pensel, pemadam, buku latihan

Senarai Barang MyKasih Boleh Dibeli Guna Bantuan SARA 2025

Penerima bantuan MyKasih boleh membeli pelbagai barangan asas di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini. Senarai barangan meliputi kategori seperti makanan, minuman, bahan perasa, produk kesihatan dan ubat-ubatan asas. Berikut ialah senarai rasmi mengikut kategori:

1. Beras

  • Jasmine
  • Jati
  • Super 5
  • Ketupat
  • Royal Umbrella
  • Rambutan
  • Saga
  • Bernas
  • Faiza
  • Carnation

2. Roti

  • Massimo
  • Mighty White
  • Gardenia

3. Telur

  • CP
  • QL Eggs
  • Nutri Plus

4. Minyak Masak

  • Seri Murni
  • Saji
  • Buruh
  • Alif
  • Daisy
  • Knife
  • Vesawit

5. Tepung

  • Sauh
  • Lili
  • Faiza
  • Blue Key
  • Cap Ros

6. Biskut

  • Munchy’s
  • Julie’s
  • Tiger
  • KERK
  • Chips More
  • Kraft Foods
  • Hwa Tai
  • Jacob
  • Hup Seng

7. Mi Segera

  • Indo Mie
  • Mamee
  • Mie Sedap
  • Eka
  • Maggi
  • Cintan

8. Minuman

  • BOH
  • Fernleaf
  • Horlicks
  • Dutch Lady
  • Nescafe
  • Quaker
  • Milo
  • F&N
  • Marigold
  • Vico

9. Makanan Dalam Tin

  • TC BOY
  • Adabi
  • Kimball
  • Ayam Brand
  • Yeo’s
  • King Cup

10. Bahan Perasa

  • Puteri
  • Planta
  • Life
  • Kimball
  • CSR
  • Jalen
  • Tamin
  • Faiza
  • Maggi
  • Habhal’s

11. Produk Kesihatan

  • Colgate
  • Kotex
  • Dettol

12. Ubat-Ubatan

  • Prospan
  • Hurix’s
  • Sterimar
  • Panadol
  • Difflam

13. Barangan Sekolah

  • Stabilo
  • Steadler
  • Bata
  • Faber Castell
  • Canggih 

Pasar Raya Yang Terima Pembayaran MyKasih

Bantuan MyKasih boleh digunakan di pasar raya yang telah bekerjasama dengan pihak kerajaan dan sistem MyKasih. Ini termasuk:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • 99 Speedmart (terpilih)
  • TF Value Mart
  • SABASUN
  • Pasaraya Billion

Senarai ini berbeza mengikut negeri. Jadi, anda digalakkan semak pasar raya terlibat di kawasan anda menggunakan laman rasmi atau aplikasi MyKasih. Pastikan juga pasar raya tersebut paparkan label “Barangan Boleh Dibeli Guna MyKasih” untuk mengelakkan kekeliruan.

Senarai Barang SARA 2025: Jangan Salah Pilih

Barang yang dibeli mestilah termasuk dalam senarai barang SARA 2025 yang ditetapkan. Kalau anda beli barang tak termasuk kategori — contohnya aiskrim, jajan, air bikarbonat, makanan segera jenama premium — sistem akan tolak secara automatik. Oleh itu, penting untuk semak dulu sebelum ke kaunter bayaran.

Kegagalan memahami senarai barangan MyKasih akan buatkan ramai rasa kecewa bila barang yang mereka pilih tak boleh dibayar. Inilah sebabnya penting untuk rujuk semula list barang MyKasih 2025, atau tanya terus pada staf pasar raya yang biasanya ada senarai semakan di kaunter.

Bantuan RM300: Cara Guna & Perlu Tahu

Ramai keliru bila dengar bantuan MyKasih ni RM300. Sebenarnya, jumlah itu merujuk kepada jumlah keseluruhan untuk beberapa bulan. Contohnya:

  • Isi Rumah (Miskin Tegar): RM200/bulan (April–Disember) = RM1,800 + RM300 (Jan–Mac) = RM2,100
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150/bulan (Apr–Dis) + RM100/bulan (Jan–Mac)
  • Bujang: RM50 sebulan sepanjang tahun

Jumlah ini bukan dalam bentuk tunai — sebaliknya dikreditkan terus ke MyKad dan hanya boleh digunakan di pasar raya dengan sistem MyKasih.

Soalan Lazim Berkaitan Barangan MyKasih

  • Boleh beli susu bayi guna MyKasih? Ya, termasuk dalam kategori barang bayi.
  • Barang yang tiada label MyKasih boleh dibeli? Tidak, mesti ada label pada rak harga.
  • Boleh beli barang promosi? Jika promosi barang termasuk dalam kategori, boleh — selagi ada label.
  • Boleh guna di kedai runcit biasa? Tidak, hanya pasar raya terpilih yang ada sistem MyKasih.

Maklumat Lanjut Barangan MyKasih

Barangan yang dibenarkan untuk MyKasih akan berubah mengikut masa, berdasarkan keadaan pasaran dan ketersediaan barangan. Pastikan anda sentiasa semak senarai terkini melalui laman rasmi, aplikasi MyKasih atau terus di rak-rak pasar raya.

Leave a Comment