Kebajikan rakyat Malaysia akan terus terpelihara terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) walaupun berlaku peningkatkan kos sara hidup. Oleh itu, kerajaan melanjutkan pemberian bantuan kewangan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : Bantuan Awal Ramadan 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima
APA ITU BANTUAN RAHMAH 2025
Bantuan Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan oleh Kerajaan Madani yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah(STR) dan Sumbangan Asas Rahmah(SARA) yang diperuntukan sehingga RM13 billion untuk membantu meringankan bebanan sara hidup 9 juta rakyat dewasa Malaysia.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH 2025
Pembayaran bantuan adalah bergantung kepada kategori kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA BAYARAN | BANTUAN STR RAHMAH | BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH |
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | e-Kasih : RM2,100 Bukan e-Kasih : RM900 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan e-Kasih : RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | e-Kasih : RM1,650 Bukan e-Kasih : RM450 |
Bujang RM600 | RM600 | e-Kasih : RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN RAHMAH 2025
Cara pembayaran Bantuan STR dan SARA adalah berbeza seperti berikut :
Bayaran Bantuan STR :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bayaran Bantuan SARA :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
JADUAL BAYARAN BANTUAN RAHMAH 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR dan SARA bagi tahun 2025 :
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR RAHMAH | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH |
Dibayar secara ansur berfasa melalui empat (4) fasa | Dibayar secara ansur setiap bulan |
Fasa 1 : 22-28 Januari 2025 Penerima Fasa2 : Bakal diumumkan Fasa3 : Belum diumumkan Penerima Fasa 4 : Belum diumumkan | Penerima e-Kasih : 15 Januari hingga Disember 2025 Penerima Bukan e-Kasih : April hingga Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2025
Bagi yang ingin mengetahui kelayakan diri sebagai penerima Bantuan STR dan SARA, ikuti panduan semakan status kelayakan di pautan Portal Rasmi seperti berikut :
- Portal Rasmi Semakan Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Hotline STR & SARA MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.