Bantuan MAIDAM 2025 terbuka kepada anak Terengganu yang layak menerima agihan zakat. Pelbagai jenis bantuan disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk golongan asnaf termasuk fakir, miskin, muallaf, pelajar dan usahawan. Bantuan ini merangkumi bantuan bulanan, pendidikan, Ramadan, keusahawanan, dan perubatan.
Permohonan boleh dibuat secara online dan semakan status permohonan juga boleh dilakukan melalui laman rasmi MAIDAM. Artikel ini akan menjelaskan cara mohon bantuan MAIDAM 2025, semakan kelayakan, serta senarai bantuan dan jumlah yang boleh mencecah sehingga RM3,000.
Senarai Asnaf Layak Terima Bantuan MAIDAM
- Fakir: Tiada sumber pendapatan atau sangat sedikit.
- Miskin: Pendapatan tak cukup keperluan asas.
- Amil: Dilantik MAIDAM untuk urusan zakat.
- Muallaf: Mualaf baru memeluk Islam.
- Fisabilillah: Terlibat dalam dakwah atau aktiviti Islamik.
- Ibnu Sabil: Musafir atau terkandas perjalanan.
- Ar-Riqab: Dalam cengkaman fizikal/mental atau kejahilan agama.
- Gharimin: Berhutang untuk keperluan asas atau kemaslahatan awam.
Jenis Bantuan Zakat MAIDAM 2025
Sektor Sosial & Kemanusiaan
- Bantuan Sara Hidup & Bulanan
- Bantuan Perubatan & Hemodialisis
- Bantuan Baik Pulih Rumah & Sewa Rumah
- Bantuan Serta Merta & Ramadan
- Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
Sektor Pendidikan
- Dermasiswa IPT Dalam & Luar Negara
- Bantuan Tambang Pelajar
- Latihan Kemahiran Anak Asnaf
- Bantuan Persekolahan & Akademik
Sektor Ekonomi & Keusahawanan
- Bantuan Modal Niaga
- Kursus Keusahawanan
Bantuan Untuk Muallaf
- Saguhati Raya & Saguhati Galakan
- Bantuan Sewa Rumah & Perkahwinan
- Dermasiswa Muallaf
- Bantuan Perubatan & Pengurusan Jenazah
Cara Permohonan Bantuan MAIDAM Online
- Layari laman rasmi permohonan: espmb.com/maidam_zakat
- Pilih borang permohonan mengikut jenis bantuan
- Isi borang dengan lengkap
- Cetak & hantar borang asal bersama dokumen sokongan ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Zakat Daerah
Cara Semak Status Permohonan
- Layari pautan: Semakan MAIDAM
- Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa sengkang)
- Semak status permohonan terus di skrin
Maklumat Penting & Hubungi
Alamat: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terengganu
Telefon: 09-6303030 | Emel: [email protected]
Laman Web Rasmi: maidam.gov.my
FAQ Bantuan MAIDAM
1. Adakah bantuan MAIDAM diberikan setiap bulan?
Ya, bantuan bulanan disediakan kepada fakir dan miskin yang layak selepas permohonan diluluskan.
2. Perlu mohon setiap tahun?
Ya, biasanya permohonan perlu dikemaskini atau diperbaharui setiap tahun mengikut syarat bantuan tertentu.
3. Bagaimana nak tahu keputusan permohonan?
Gunakan pautan semakan rasmi MAIDAM dan masukkan nombor IC untuk melihat status terkini.
Artikel Berkaitan
- Bantuan JKM 2025
- MyKad Madani 2025
- Cara Semak Bantuan Dalam MyKad
Rumusan
Bantuan MAIDAM adalah antara skim zakat paling menyeluruh di Malaysia untuk anak negeri Terengganu. Jika anda termasuk dalam kategori fakir, miskin, muallaf atau pelajar, rebut peluang ini untuk memohon secara online. Pastikan semua dokumen lengkap dan sentiasa semak status permohonan anda. Semoga bantuan ini meringankan beban kewangan anda.