BANTUAN E WALLET 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK & TARIKH BAYARAN
Bantuan eWallet dan Pemberian Bantuan Melalui Kad Pengenalan (IC) Tahun 2025
Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan eWallet sebagai bantuan tambahan yang dilaksanakan dari Disember 2023 hingga Februari 2024.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless), selaras dengan usaha kerajaan dalam mendigitalisasikan sistem pembayaran.
Pelaksanaan Bantuan Melalui Kad Pengenalan (IC) Tahun 2025
Bagi memastikan semua golongan dapat menerima bantuan serta memanfaatkan transaksi tanpa tunai, kerajaan akan melaksanakan pemberian bantuan melalui Kad Pengenalan (IC) penerima sepanjang tahun 2025.
Inisiatif ini akan:
- Memudahkan penerimaan bantuan tanpa memerlukan aplikasi tambahan.
- Memastikan lebih ramai penerima mendapat manfaat, termasuk golongan yang tidak memiliki telefon pintar.
- Menyokong penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) dengan lebih menyeluruh.
Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan sistem bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN E WALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
CARA GUNA BANTUAN E WALLET
Penerimaan Bantuan RM200 bukanlah menerusi aplikasi e-Wallet, namun kerajaan mengkreditkannya menerusi kad pengenalan (IC) penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 ini.
JADUAL BAYARAN E WALLET 2025
Kerajaan telah menetapkan jadual pembayaran Bantuan Tunai RM200 bagi memastikan penerima menerima bantuan secara berperingkat sepanjang tahun 2025.
Jadual Pembayaran
- 15 Januari 2025 – RM100
- Februari 2025 – RM100
- Mac 2025 – RM100
- April 2025 – RM200
- Mei 2025 – RM200
- Jun 2025 – RM200
- Julai 2025 – RM200
- Ogos 2025 – RM200
- September 2025 – RM200
- Oktober 2025 – RM200
- November 2025 – RM200
- Disember 2025 – RM200
*Nota : Tarikh penerimaan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET
Bantuan yang bernilai RM200 adalah khas kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah B40; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
CARA SEMAK BANTUAN E WALLET 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan RM200, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.