BANTUAN DALAM IC 2025: SEMAK SENARAI PENERIMA RM1200, RM900 & RM600

BANTUAN DALAM IC 2025: SEMAKAN MUDAH UNTUK PENERIMA

Bantuan Dalam IC 2025 adalah inisiatif bantuan kerajaan tanpa tunai yang membolehkan penerima menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran. Dengan kaedah ini, penerima boleh melakukan transaksi tanpa memerlukan wang fizikal, memudahkan pembelian barangan keperluan di kedai-kedai yang berdaftar. Bantuan ini tersedia dalam jumlah sehingga RM1200, RM900, atau RM600, bergantung pada kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk semak senarai nama penerima bantuan dalam IC 2025? Dapatkan info lengkap dan panduan di sini.

BACA JUGA : BANTUAN IC 2025 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

APA ITU BANTUAN DALAM IC

Bantuan melalui Kad Pengenalan (MyKad) adalah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana bantuan ini disalurkan secara bulanan, tanpa tunai ke dalam MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas. Bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan ini, individu perlu memohon STR (dan lulus sebagai penerima bantuan) atau mendaftar dalam sistem eKasih bagi kategori Miskin atau Miskin Tegar.

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

CARA SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2025

Semakan penerima bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi STR
    • Kategori penerima STR 2025, BUKAN eKasih
  • Portal Rasmi MyKasih
    • Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih

Panduan Lengkap Semakan Penerima Bantuan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Penerima Bantuan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan [Semak Status].
    pada bahagian “Semakan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)”
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  6. Klik Semakan Status.
  7. Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
  8. Selesai.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MYKASIH seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM IC

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENGAGIHAN BANTUAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa

JUMLAH BANTUAN BULANAN

Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 600
(RM50 sebulan)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf