Kerajaan MADANI terus komited membantu golongan B40 dan M40 dengan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebelum Aidilfitri. Peruntukan RM1.7 bilion disediakan untuk hampir 9 juta penerima yang layak, bagi meringankan beban kos sara hidup.
Bagaimana cara semakan bayaran STR Fasa 2 2025? Ketahui maklumat lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN E WALLET 2025
BAYARAN STR FASA 2 MULA DISALURKAN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 telah mula disalurkan secara berperingkat mengikut tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | Bermula 24 Mac 2025, Isnin Sehingga 27 Mac 2025, Khamis |
KADAR BAYARAN STR FASA 2 DISALURKAN
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan dengan kadar seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM300 (bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA BAYARAN STR FASA 2 DISALURKAN
Bagi memudahkan penerima untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bayaran Fasa 2 adalah melalui cara berikut :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR. |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan. |
JUMLAH PENERIMA BAYARAN STR FASA 2
Daripada permohonan dan rayuan yang dibuka, terdapat pertambahan jumlah penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 iaitu seramai 8.5 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :