Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini ditambah baik, membolehkan lebih ramai penerima menerima bantuan tunai dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas. Bantuan RM100 & RM50 ini bertujuan meringankan kos sara hidup golongan yang layak.
Bagaimana cara semak status kelayakan? Bila tarikh bayaran dikreditkan? Dapatkan info lengkap dan semakan bantuan MyKad Fasa 2 di sini!

BACA JUGA : https://semakanstrlogin.my/bantuan-mykad-2025/
PENGENALAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai daripada Kerajaan, disalurkan melalui MyKad penerima bagi pembelian barangan keperluan asas. Bantuan ini dikreditkan setiap bulan dengan jumlah RM50, RM100, atau RM200, bergantung kepada kelayakan individu.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
ONLINE PORTAL SEMAKAN STATUS PENERIMA
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JADUAL PENYALURAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Februari (FASA 2): Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) | Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan |
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2
Penyaluran bantuan SARA MyKasih Bulan Februari (FASA 2) HANYA akan disalurkan kepada kategori Penerima STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih. Manakala, kategori penerima STR BUKAN Miskin dan Miskin eKasih akan disalurkan bermula April 2025.
Kadar bantuan yang akan diterima oleh Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULAN FEBRUARI – FASA 2 – (RM) |
---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 100 |
Bujang (Setiap Individu) | RM 50 |
SENARAI BARANG LULUS UNTUK PEMBAYARAN MENGGUNAKAN MYKAD
Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara